Saturday 1 February 2014

17. Undang-undang Lalu lintas - LU

Undang-undang Lalu Lintas



1.  PEJALAN KAKI

1) Mendengar nasihat guru dan pemimpin pengakap.
2) Jangan berlari / bermain di jalan raya.
3) Menggunakan tempat yang disedia khas seperti jejantas untuk melintas jalan raya.
4) Melintas jalan selepas bas bergerak jauh.
5) Jangan berebut-rebut menaiki bas atau apa-apa kenderaan.

KESELAMATAN PEJALAN KAKI

Seperti mana yang kita tahu sejak akhir-akhir ini pelbagai isu keselamatan pejalan kaki hebat diperkatakan di media-media baik media cetak mahu pun media elektronik.


Antaranya adalah kadar kematian pejalan kaki iaitu pada kadar 562 kematian setahun. Jumlah ini telah menjadikan pejalan kaki merupakan golongan ke-3 tertinggi di dalam statistik kematian akibat kemalangan jalan raya.


Untuk itu, di sini kami ingin berkongsi beberapa kaedah keselamatan bagi pejalan kaki agar dapat dimanfaatkan oleh anda semua.

Pertama, memakai pakaian cerah.
  • supaya mudah dilihat oleh kenderaan lain
  • penggunaan jaket keselamatan dengan pemantul cahaya juga boleh membantu

Kedua, jangan membelakangi kenderaan
  • jalan menghadap lalu lintas (supaya mudah melihat keadaan lalulintas yang berdekatan)
  • jangan berjalan terlalu rapat dengan jalan raya (gunakan laluan pejalan kaki)
Ketiga, gunakan kemudahan untuk melintas
  • lebih 70% kemalangan melibatkan pejalan kaki adalah berpunca daripada sikap mereka yang tidak menggunakan kemudahan untuk melintas yang telah disediakan atau pun melintas di tempat yang salah
  • lintasan pejalan kaki
  • lintasan berisyarat/lintasan undan (lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan butang serta dua lampu berwarna merah dan hijau {orang merah dan orang hijau} di mana apabila hendak melintas pengguna jalan raya perlu menekan butang 
  • jejantas
Keempat, berhati-hati sewaktu melintas jalan
  • pastikan keadaan adalah benar-benar selamat sebelum melintas
  • jangan sekali-kali berdiri di tengah-tengah jalan sewaktu hendak melintas
  • pimpin anak-anak semasa hendak melintas jalan
Kelima, sentiasa awasi anak-anak 
  • 40% daripada kemalangan pejalan kaki melibatkan golongan kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun.
  • anak-anak perlu sentiasa ditemani oleh orang dewasa apabila berada di atas jalan raya kerana orang dewasa lebih berkemahiran untuk menganggar jarak dan membuat keputusan
Kesempatan ini juga saya ingin meminta kerjasama pengguna jalan raya yang lain iaitu pemandu kenderaan dan penunggang motosikal untuk bersikap lebih prihatin dengan memberhentikan kenderaan anda di lintasan pejalan kaki sekiranya anda lihat ada pejalan kaki yang menunggu untuk melintas jalan. 





2.  PENUNGGANG BASIKAL

1) Basikal sentiasa berada dalam keadaan baik.
2) Menunggang di kiri jalan.
3) Menunggang basikal dalam satu barisan.
4) Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke kanan atau ke kiri.
5) Jangan berbual-bual, berlumba dan melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya semasa menunggang basikal.
6) Memahami dan mengetahui isyarat-isyarat jalan raya.
7) Tidak menunggang basikal secara berkumpulan.
8) Berikan isyarat tangan sebelum melintas jalan raya.

KESELAMATAN KETIKA MENUNGGANG BASIKAL

MALANG TIDAK BERBAU..

Frasa di atas jelas menunjukkan bahawa kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira tempat. Jadi aspek keselamatan haruslah menjadi keutamaan ketika kita melakukan sesuatu termasuklah ketika menunggang basikal.

Contoh kemalangan melibatkan basikal..(",)

Pelbagai alat pelindungan direka khas bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pemakaian topi keselamatan yang betul dan menepati piawaian dapat melindungi kepala daripada kecederaan yang teruk jika terjatuh daripada basikal. Gambar di bawah menunjukkan topi keselamatan bagi penunggang basikal.

Topi Keselamatan Basikal

Alat-alat keselamatan yang lain termasuklah pelindung siku dan lutut. Ia juga tidak kurang penting berbanding topi keselamatan. Pemakaian pelindung siku dan lutut dapat mengelakkan kecederaan serius terhadap kedua-dua anggota tersebut. Anggota ini mudah tercedera apabila terjatuh di tempat yang keras dan penggunaan pelindung siku dan lulut amatlah digalakkan ketika menunggang basikal. Gambar di bawah menunjukkan pelindung siku dan lutut yang sesuai bagi penunggang basikal.
Pelindung Lutut

Pelindung Siku

Kasut yang sesuai juga diperlukan ketika menunggang basikal. Melindungi kaki harus menjadi keutamaan kerana kaki adalah anggota yang sangat penting penting ketika menunggang basikal. Kasut yang sesuai bersifat melindungi. Gambar di bawah menunjukkan kasut yang sesuai digunakan oleh penunggang basikal. Elakkan pemakaian selipar ketika menunggang basikal.


Kasut Sukan

Antara alat keselamatan lain termasuklah jaket pemantul cahaya. Jaket ini sangat penting terutamanya ketika menunggang pada malam hari atau cuaca yang gelap. Ini untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain kehadiran kita di jalan raya. Pemakaian pakaian yang terang juga penting, sama penting seperti pemakaian jaket keselamatan bagi menyedarkan kehadiran kita si bahu jalan. Gambar di bawah menunjukkan jaket keselamtan yang sesuai bagi seorang penunggang basikal.
Jaket Pemantul Cahaya


Berhati-hati ketika menunggang basikal…

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!!

No comments:

Post a Comment