Saturday 1 February 2014

14. Menjaga dan Menyimpan Pisau dan Parang - LU

PENGGUNAAN ALATAN TAJAM

PISAU

KEGUNAAN PISAU:
1.       Memotong benda-benda kecil dan sederhana kecil lembut.
2.       Meraut (rotan,buluh,kayu kecil dan lain-lain)
CARA MEMBERSIHKAN PISAU:
1.       Basuh dan lap pisau selepas digunakan.
2.       Sapu minyak pada pisau ketika hendak disimpan supaya tidak berkarat.
CARA MENJAGA DAN MENYIMPAN PISAU:
1.       Mata pisau hendaklah selalu tajam.
2.       Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.
3.       Jangan letak pisau di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di capai dan jauh dari laluan.
4.       Jangan jadikan pisau seperti permainan. Pisau boleh menyebabkan cedera dan terbunuh.

PARANG ATAU GOLOK:

KEGUNAAN PARANG ATAU GOLOK:
1.       Membelah atau mengerat benda yang agak keras.
2.       Meraut atau memotong buluh, kayu kecil dan lain-lain.
CARA MENJAGA PARANG ATAU GOLOK:
1.       Mata parang hendaklah sentiasa tajam.
2.       Gunakan alatan yang sesuai semasa mengasah.
3.       Jangan bergurau semasa memegang parang atau golok.

No comments:

Post a Comment