Friday, 31 January 2014

11. Kawat Tongkat - LU

Kawat Tongkat

1)      Rehatkan Diri
         -     Seperti dengan sedia.
         -     Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.
contoh kawad tongkat :
                                                 nih dalam keadaan rehat kan diri :)

2)      Senang Diri
          -     Seperti dengan rehatkan diri.
          -     Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.

3)      Sedia
-     Sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat.
-     Tongkat dipegang dengan menggunakan ibu jari kanan.
-     Tapak tongkat berada di atas tanah.

4)      Baring tongkat
-         Pengakap menurunkan tubuh secara menegak.
-         Kaki kiri menghentak ke hadapan.
-         Lutut kanan bergerak sehingga mencecah tanah.
-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
-         Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.

5)      Angkat Tongkat
-         Turunkan tubuh secara menegak.
-         Kaki kiri dihentak ke hadapan.
-         Lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
-         Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.

6)      Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat
-         Dalam keadaan sedia.
-         Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
-         Alihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90°.
-         Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.

7)      Hormat dengan Tongkat
-      Angkat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari.
-    Mencecah tongkat.



LAMPIRAN
SUMBER RUJUKAN:  
http://klkmuthm.blogspot.com/


Kawad Tongkat

Pengenalan
  • Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan Kawad Kaki.
  • Latihan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat menggunakan bahasa hukuman serta pergerakan tentera.
  • Pergerakan Kawad Tongkat berasaskan kepada pergerakan Kawad Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan tongkat.

Spesifikasi Tongkat Pengakap
  • Panjang tongkat Pengakap ialah 360 sentimeter.
  • Diameter tongkat Pengakap ialah 3 sentimeter.
  • Lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
  • Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.

Pelaksanaan Koman
Sedia (sedia!)
Kedudukan sedia yang biasa dikekalkan kecuali tangan kanan memegang tongkat di sebelah supaya tegak ibu jari mencengkam tongkat. Tapak tongkat di atas bumi.
........................................................................................................................................................
Senang diri (senangkan diri!):
Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut pada paras dan hentakkan keluar sejauh 12 inci dari kanan. Pada masa yang sama, dengan kekuatan tangan kanan, tolak tongkat ke hadapan bersetentangan dengan bahu kanan. Tangan kanan lurus dan tongkat dicondongkan hujung tapak tongkat.
Sedia dari senang diri (skuad...sedia!):
Tarik tongkat ke sebelah tetapi tentukan tapak tongkat rata di atas bumi, dan pada masa yang sama angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut pada paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia.
........................................................................................................................................................
Rehatkan diri (rehatkan diri!):
Kendurkan anggota badan dari paras pinggang ke atas, dan jari-jari kanan menggenggam keliling tongkat. Mata masih terus memandang ke hadapan.
........................................................................................................................................................
Baring tongkat:
1.(Baring tongkat!) - satu
Dengan pantas langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci tanpa hentak, tapak kaki kiri rata di atas bumi dengan masa yang sama bengkokkan kedua-dua lutut ke hadapan, tentukan lutut kaki kanan terletak di atas bumi dan duduk di atas tumit kaki kanan. Pada masa yang sama, dengan kekuatan tangan kanan bawa tongkat dalam kedudukan baring di atas bumi di sebelah kaki kanan. Tangan kiri di rusuk kiri lurus ke bawah, tangan kanan lurus, hujung jari masih lagi memegang tongkat pada anggota yang lain dan terus memandang ke hadapan.
2.Skuad - dua
Lepaskan pegangan tangan kanan dari tongkat dan terus bangun, pada masa yang sama bawa kaki kiri ke belakang sampai dalam kedudukan sedia yang betul tanpa hentak.

Angkat tongkat dari baring tongkat:
1. (Angkat tongkat!) - satu
Denganpantas langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci tanpa hentak,
tapak kaki kiri rata di atas bumi pada masa yang sama bengkokkan kedua-dua
lutut, lutut kanan kena bumi dan duduk diatas tumit kaki kanan.
Tangan kanan terus memegang sebelah atas tongkat, terus pandang ke hadapan.
2.Skuad - dua
Bangun dengan kekuatan tangan, bawa tongkat sampai ke kedudukan sedia,
pada masa yang sama kaki kiri ke belakang rapat pada tumit kaki kanan tanpa
hentak, anggota yang lain diam dan terus pandang ke depan.
........................................................................................................................................................
Kalih tongkat:
1. (Kalih tongkat!) - satu
Biarkan tapak tongkat di atas bumi, tangan kanan bawa tongkat ke
tengah-tengah badan, pada masa yang sama tangan kiri tangkap hujung tongkat,
jari-jari menggenggam. Tangan dan siku kiri rapat ke badan.
2.Skuad - dua
Bawa tangan kanan dengan pantas, balik ke kedudukan sedia.
........................................................................................................................................................
Hormat tongkat (hormat tongkat!):
Bawa tangan kiri ke kanan dengan membuat tanda pengakap.
Jari telangkup ke bawah dan berada di tengah-tengah tongkat.
Turun tongkat dari hormat tongkat:
Satu - Tangan kiri pegang bahagian atas tongkat
Dua - Turunkan tongkat sambil tangan kanan pegang bahagian tengah tongkat
Tiga - Potong tangan kiri terus bawa ke sisi
........................................................................................................................................................
Jinjit Tongkat
1. Bengkokkan tangan kanan sedikit untuk mengangkat tongkat dengan
tapak tongkat dijarakkan satu inci dari bumi.
Tentukan tongkat di tepi dalam keadaan tergantung.
2. Pergerakan ini dilakukan apabila bergerak pada jarak yang dekatatau dalam masa
melurus, buka dan tutup barisan apabila dikehendaki berbuat demikian.

10. Asas Perbarisan - LU

Asas Perbarisan

1)      Masuk Baris
-         Arahan diberi oleh ketua perbarisan.
-         Semua ahli pengakap masuk baris.

2)      Sedia
-         Berdiri tegak.
-         Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm.

3)      Senang Diri
-         Bukakan kaki kiri ke kiri.
-         Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
-         Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.

4)      Rehatkan Diri
-         Seperti senang diri.
-         Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

5)      Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
-         Kemudian, menggengam dan menghulurkan tangan kanan ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke arah kanan.
-         Betulkan kedudukan.
-       Pengakap yang berada di belakang bergerak sehingga kedudukannya selari dengan pengakap yang lain.
-         Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendengar arahan pandang depan.

6)      Ke kanan/ kiri Pusing
-         Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
-         Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.

7)      Kebelakang pusing
-         Seperti dengan ke kanan pusing.
-         Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.

8)      Buka Barisan
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.

9)      Tutp barisan
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.

10)  Langkah Ke Sebelah
-         Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.
-         Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.

11)  Paras
-         a) Paras ahli tinggi di tengah
-         b) Paras ahli rendah di tengah
-         c) Paras ahli tinggi di kiri
-         d) paras ahli tinggi di kanan
-         Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
                        # yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
                        # jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
                        # Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
                        # Jadikan 3 barisan… cepat jalan.

12)  Keluar Baris
-         diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
-         Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.

13)  Bersurai
-         Sama seperti keluar baris.
-         Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.



ASAS PERBARISAN

Senang Diri



Rehatkan Diri



Sedia


Ke Kanan Lurus



Ke Hadapan Lurus



Ke Kiri Pusing


Ke Kanan Pusing


Ke Belakang Pusing



9. Undang-undang Pengakap - LU

Undang - Undang Pengakap


1.  Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.  

3.  Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 

4.  Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.  

5.  Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.  

6.  Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
 
9. Pengakap itu jimat dan cermat  

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

8. Persetiaan Pengakap - LU

Persetiaan Pengakap

"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 
Menolong orang pada setiap masa 
Menurut undang-undang pengakap"

7. Mengenali Orang Kenamaan Negeri Sembilan - LU

MENGENALI ORANG KENAMAAN DI NEGERI SEMBILAN (SEPTEMBER, 2013)


Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tempoh pemerintahan29 Disember 2008 – kini
Didahului olehTuanku Ja'afar
PermaisuriTengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud
Putera-puteri
Tunku Ali Redhauddin Muhriz
Tunku Zain Al’Abidin Muhriz
Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin
Nama penuh
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
AyahandaTuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
BondaTunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Kelahiran14 Januari 1948 (umur 62)
Kuala PilahNegeri Sembilan

Jawatankuasa Kewangan dan Tanah; Jawatankuasa Agama Islam; Jawatankuasa Keselamatan dan Penerangan; Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Luar Bandar
Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Besar
Jawatankuasa Modal Insan, Belia dan Sukan
Datuk Zaifulbahri Idris
Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Jalaluddin Alias
Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Alam Sekitar
Abu Ubaidah Redza
Jawatankuasa Pelancongan dan Kepenggunaan
Tun Hairuddin Abu Bakar
Jawatankuasa Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu
Abdul Razak Said
Jawatankuasa Sumber Manusia, Perladangan dan Kampung Baru
L Manickam
Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga
Datuk Norhayati Omar
Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi
Datuk Ismail Lasim
Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Hasim Rusdi
Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan
Datuk Shamshulkahar Mohd Deli
Untuk sebarang maklum balas hantarkan kepada bhonline@mediaprima.com.my
Hak Cipta Terpelihara 2013 | Disclaimer