Asas Perbarisan
1) Masuk Baris
- Arahan diberi oleh ketua perbarisan.
- Semua ahli pengakap masuk baris.
2) Sedia
- Berdiri tegak.
- Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm.
3) Senang Diri
- Bukakan kaki kiri ke kiri.
- Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
- Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
4) Rehatkan Diri
- Seperti senang diri.
- Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.
5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
- Kemudian, menggengam dan menghulurkan tangan kanan ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke arah kanan.
- Betulkan kedudukan.
- Pengakap yang berada di belakang bergerak sehingga kedudukannya selari dengan pengakap yang lain.
- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendengar arahan pandang depan.
6) Ke kanan/ kiri Pusing
- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.
7) Kebelakang pusing
- Seperti dengan ke kanan pusing.
- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.
8) Buka Barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.
9) Tutp barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
10) Langkah Ke Sebelah
- Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.
- Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.
11) Paras
- a) Paras ahli tinggi di tengah
- b) Paras ahli rendah di tengah
- c) Paras ahli tinggi di kiri
- d) paras ahli tinggi di kanan
- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
# yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
# jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
# Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.
12) Keluar Baris
- diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
- Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.
13) Bersurai
- Sama seperti keluar baris.
- Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.
ASAS PERBARISAN
Senang Diri
mohon mengguna gambar~ terima kasih~
ReplyDelete