Thursday 30 January 2014

PENDAHULUAN

Unit Pengakap Muda (PM) adalah bahagian yang kedua dalam siri latihan berpengakap, iaitu selepas Pengakap Kanak-kanak.  Bahagian ini ialah bagi budak-budak yang berumur antara 13 hingga 15 tahun, yakni dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Tujuan bahagian ini ialah membolehkan Pengakap meneruskan latihan ke peringkat kedua, iaitu latihan yang bersesuaian dengan pertumbuhan jasmani, rohani, emosi dan inteleknya setelah menempuhi latihan Pengakap Muda demi untuk melahirkan kemenjadian murid ke arah insan yang mempunyai nilai-nilai yang baik, cergas dan positif dalam masyarakat.

Bagi Pengakap Muda perlu melengkapkan mengikut tahap

1.  Lencana Keahlian  (Ahli Baru)

2.  Lencana Usaha (Tingkatan 1)

3.  Lencana Maju (Tingkatan 2)

4.  Lencana Jaya  (Tingkatan 3)

5.  Rambu Pengakap Muda (Anugerah bagi ahli yang diperakui terbaik)

No comments:

Post a Comment