Thursday 30 January 2014

LENCANA KEAHLIAN

Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap.

Untuk lulus lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian berikut;

1.  Peraturan pakaian seragam pengakap
2.  Prinsip Rukun Negara
3.  Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
4.  Persetiaan Pengakap & Undang-undang pengakap
5.  Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap
6.  Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengasas Pengakap
7.  Simpulan & Ikatan

  • Buku Sila
  • Bunga Geti
  • Simpul Manuk
  • Tindih Kasih
  • Lilit Dua Simpul
  • Lilit Pemati Biasa
Bagi mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanak-kanak, mereka tidak perlu menjalani ujian di atas, tetapi HANYA perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-kanak ke peringkat Muda untuk dilantik sebagai ahli Pengakap Muda.

Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap di atas latar biru tua dipakai pada saku kiri kemeja (uniform pengakap)

Perkara yang perlu ada dalam lencana keahlian:
1) Peraturan pakaian seragam
2) Prinsip rukun negara
3) Lambang Pengakap Dunia
4) Lambang pengakap Malaysia
5) Persetiaan Pengakap
6) Undang-Undang Pengakap
7) Hormat Pengakap
8) Cogan kata Pengakap
9) Sejarah Pengakap Malaysia
10) Sejarah Pengakap Dunia
11) Simpulan & ikatan

No comments:

Post a Comment