Sunday 23 February 2014

13. Memasak Masakan Rimba - LM

Memasak Masakan Rimba

1.  Kemahiran Menghidupkan Api




Cara Menghidupkan Api

Biasanya bahan-bahan yang digunakan untuk menghidupkan api terdapat disekeliling kita seperti daun-daun kering buluh ranting-ranting kayu dan batang -batang kayu yang diracik halus.  Perkara ini perlu diberikan perhatian terutamanya pada musim lembab dan hujan

Keselamatan semasa pengunaan api dititikberatkan untuk mengelakan kemalangan dan kecerderaan.Lihat gambar aktiviti kami dalam www.facebook.com/ kelacamp.


2.  Kemahiran Memasak Roti Lilit





Resipi Pertama - Roti lilit



















Bahan 
- Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan buluh yang telah dibersihkan.

Cara Membuat 
- Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin. 



3. Kemahiran Membakar Ikan




SAMBAL IKAN BAKAR

Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Asam Jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.

CARA MEMBAKAR IKAN

Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil

Ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yang telah dibakar.


12. Simpulan dan ikatan - LM

simpulan dan ikatan



1.  Tindih Kasih berganda
Tindih Kasih Ganda

Kegunaan

  • sama seperti kegunaan tindih kasih biasa
  • Tindih kasih berganda lebih kukuh berbanding tindih kasih biasa
  • Keadaan ini disebabkan terdapatnya dua utas tali
  • Tindih kasih berganda juga digunakan semasa kerja-kerja menyelamat.


2.  Belit Lucut


Kegunaan;
  • untuk mengikat tali pada pokok semasa aktiviti panjat- memanjat
  • turun dari pokok, turun dari bukit.
  • Simpulan belit lucut dapat dibuka dengan mudah apabila selesai melaksanakan aktiviti.


3.  Lilit Pasdul


Kegunaan:
  • untuk membuat anak tangga
  • Simpulan ini digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam di dalam tanah


4.  Simpul Kerusi


Kegunaan
  • dalam aktiviti menyelamat.
  • Mangsa dapat diturunkan dari tempat tinggi seperti bangunan dan pokok.
  • Memasukkan tajul kecil dibawah ketiak dan tajul besar di bawah lipatan lutut.
  • Simpul Kerusi dapat menaikkan mangsa ke tempat tinggi
  • Contohnya; menaikkan mangsa yang terjatuh ke dalam gaung.


5.  Lilit Pemati Selit
Kegunaan

  • Untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terburai



6.  Simpul Kepala Lalat




Kegunaan:
  • untuk mengelakkan hujung tali tiga strip daripada terburai.
  • untuk memulakan sambatan balik.


7.  Sambat Balik (Anyaman Balik )
Kegunaan
  • untuk mencegah hunung tali yang besar daripada terburai.
  • Sambat balik dimulakan dengan kepala lalat dan kemudian meneruskan dengan anyaman balik.

8.  Ikat Silang Gunting

Kegunaan
  • untuk menyambung dua batang kayu atau buluh
  • dalam aktiviti membuat gajet dan pioneering
  • Ikatan silang gunting dimulakan dengan diikat tali pada sebatang kayu dengan menggunakan simpulan manuk.
  • Kemudian belitkan tali dengan kemas.

11. Menjaga, Mengasah dan Menyimpan Kapak, Gergaji - LM

Menjaga, Mengasah dan Menyimpan Kapak, Gergaji


1. Kapak


3 JENIS KAPAK:
1.       Kapak tangan.
2.       Kapak penebang.
3.       Kapak baji.


KAPAK TANGAN:

KEGUNAANNYA:
1.       Membuat kayu api.
2.       Memotong dahan dan ranting pokok.



KAPAK PENEBANG:

KEGUNAANNYA:
1.       Sesuai menebang kayu keras dan buluh.



KAPAK BAJI:

KEGUNAANNYA
1.       Asesuai menebang kayu lembut kerana ia tidak mudah tersepit.



PENJAGAAN KAPAK:

1.       Cara menjaga kapak adalah sama seperti cara menjaga dan menyimpan pisau dan parang kecuali bahagian tarannya hendaklah diganti apabila patah, reput atau rosak.




Bahagian kapak / Cara Membawa Kapak / Cara Menyimpan Kapak



2. Gergaji

Pastikan kita memilih gergaji yang betul untuk melakukan kerja;
      1.  gergaji cepat tumpul, 
      2.  mata gergaji patah.

Fungsi Kerja Gergaji
      1.  untuk memotong kayu - mata gergaji kasar, jarak antara mata renggang, besar
      2.  paip
      3.  besi - mata gergaji lebih halus, jarak mata gergaji lebih rapat.
      4.  papan, lengkukan, lengkungan - gergaji U.  Mata gergaji (blade) jenis ini berbentuk kecil, tipis, dan tajam. Mata gergajinya pun dapat diganti jika sudah tumpul atau patah.
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
      Kegunaan Gergaji
      1.  Memotong kayu disebut handsaw atau ripsaw.  
      2.  Membelah dan memotong kayu. 
 
      Baik Pulih Mata Gergaji
      1.  Di asah menggunakan Kikir 
      2.  Di tukar mata - jika patah, bengkok atau tumpul. 
      JENIS GERGAJI

1. Jenis crosscut saw digunakan untuk memotong kayu secara melintang. Gergaji ini mempunyai gigi peny  eimbang yang lebih kecil. Gergaji jenis crosscut  sangat baik digunakan untuk berbagai pekerjaan.

2.  Gergaji jenis backsaw yang berukuran kecil sangat tepat untuk membuat potongan, seperti membuat sambungan bingkai foto atau almari.
 
      3. General purpose saw yang paling banyak digunakan. Gergaji ini dapat memotong kayu searah atau melintang dari seratnya. 
 

      4.  Keyhole saw, gergaji khusus berukuran kecil untuk memotong di bahagian-bahagian sempit.

5.  Hacksaw adalah gergaji khusus pemotong logam, untuk memotong plastik atau paip keras. Mata gergajinya halus dan jarak mata gergajinya pun rapat. Bahannya terbuat dari besi baja dan carbon steel. Jika mata gergaji telah tumpul, tidak dapat dikikir dan harus diganti.

Tips Merawat Gergaji 1.     Jangan simpan di dalam kotak perkakas, kerana akan merosak mata gergaji. Penempatan gergaji adalah digantung di dinding.
2.     Mata gergaji diberi pelindung dari plastik atau bahan lain.
3.     Untuk menjaga ketajaman mata gergaji saat digunakan, hindari menggergaji besi, beton, atau batu (umumnya terjadi secara tidak sengaja). Untuk itu, singkirkan paku dari kayu sebelum Anda menggergajinya.
4.      Untuk mencegah karat, gosok mata gergaji dengan lilin atau sapukan cairan antikarat.

10. Memanjat Tali dan Pokok 5m - LM

Memanjat


Kemahiran Memanjat Tali 5m

Memanjat tali 5 meter
Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Cara melakukan aktiviti ini adalah dengan :-
1.       Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.
2.       Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua belah kaki untuk bertahan.
3.       Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke  bahagian atas tali sekaligus menarik badan keatas.
4.       Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara  kaki dinaikan menurut  tali.
5.       Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.


Nota: sesetengah tali memberi kesan kepada tangan dan kaki kamu semasa melakukan aktiviti ini terutamnya semasa menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakan tangan kamu tidak melecer. Sarung tangan digalakan digunakan semasa memanjat tali.






Kemahiran Memanjat Pokok - 5m


9. Upacara Mengibar dan Melipat Bendera - LM

Upacara Mengibar dan Melipat Bendera




TAJUK: MELIPAT DAN MENGIBARKAN BENDERA
 Adat Dan Tertib
  1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
  2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
  3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
  4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
  5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
  6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
  7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.
  8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.
  9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera  yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut
TATACARA MELIPAT BENDERA
  1. 2 orang  petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
  2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan bendera tidak terbalik.
  3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan bendera).
  4. Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut.
  5. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.

TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA


  1. Pemimpin berdiri sagtu barisan di bahagian belakang tiang bendera dan ahli pengakap berada dalam bentuk tapak kuda.
  2. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
  3. Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas bergerak ke hadapan tiang bendera dan menarik tali bendera bahagian yang dikendurkan. Bendera akan berkibar.
  4. Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang, kemudian memberi tabik hormat kepada bendera dan diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain.
  5. Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.
  6. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.
  7. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat tangan sambil menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan mengaminkan doa.
  8. Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”, semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
  9. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan untuk memperbaharui persetiaan pengakap. Persetiaan pengakap ini dilafazkan oleh ahli patrol bertugas dan diikuti oleh semua ahli.
10.  Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi perkataan “AP”. Semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan sedia.
11.  Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya pemimpin kumpulan memberi taklimat dan ucapan.
12.  Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas memberi hukuman “sedia”. Apabila pemimpin keluar baris, baharulah ketua patrol bertugas memberi arahan keluar baris. 

TATACARA MELIPAT BENDERA
TATACARA MELIPAT BENDERA
TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA
TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA

Saturday 22 February 2014

8. Kawat Tongkat - LM



KAWAD TONGKAT




Pengenalan
  • Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan Kawad Kaki.
  • Latihan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat menggunakan bahasa hukuman serta pergerakan tentera.
  • Pergerakan Kawad Tongkat berasaskan kepada pergerakan Kawad Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan tongkat.
Spesifikasi Tongkat Pengakap
  • Panjang tongkat Pengakap ialah 360 sentimeter.
  • Diameter tongkat Pengakap ialah 3 sentimeter.
  • Lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
  • Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.
Pelaksanaan Koman
Sedia (sedia!)
Kedudukan sedia yang biasa dikekalkan kecuali tangan kanan memegang tongkat di sebelah supaya tegak ibu jari mencengkam tongkat. Tapak tongkat di atas bumi.
........................................................................................................................................................
Senang diri (senangkan diri!):

Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut pada paras dan hentakkan keluar sejauh 12 inci dari kanan. Pada masa yang sama, dengan kekuatan tangan kanan, tolak tongkat ke hadapan bersetentangan dengan bahu kanan. Tangan kanan lurus dan tongkat dicondongkan hujung tapak tongkat.

Sedia dari senang diri (skuad...sedia!):

Tarik tongkat ke sebelah tetapi tentukan tapak tongkat rata di atas bumi, dan pada masa yang sama angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut pada paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia.
........................................................................................................................................................
Rehatkan diri (rehatkan diri!):

Kendurkan anggota badan dari paras pinggang ke atas, dan jari-jari kanan menggenggam keliling tongkat. Mata masih terus memandang ke hadapan.
........................................................................................................................................................
Baring tongkat:

1.(Baring tongkat!) - satu

Dengan pantas langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci tanpa hentak, tapak kaki kiri rata di atas bumi dengan masa yang sama bengkokkan kedua-dua lutut ke hadapan, tentukan lutut kaki kanan terletak di atas bumi dan duduk di atas tumit kaki kanan. Pada masa yang sama, dengan kekuatan tangan kanan bawa tongkat dalam kedudukan baring di atas bumi di sebelah kaki kanan. Tangan kiri di rusuk kiri lurus ke bawah, tangan kanan lurus, hujung jari masih lagi memegang tongkat pada anggota yang lain dan terus memandang ke hadapan.

2.Skuad - dua

Lepaskan pegangan tangan kanan dari tongkat dan terus bangun, pada masa yang sama bawa kaki kiri ke belakang sampai dalam kedudukan sedia yang betul tanpa hentak.
Angkat tongkat dari baring tongkat:
1. (Angkat tongkat!) - satu
Denganpantas langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci tanpa hentak,
tapak kaki kiri rata di atas bumi pada masa yang sama bengkokkan kedua-dua
lutut, lutut kanan kena bumi dan duduk diatas tumit kaki kanan.
Tangan kanan terus memegang sebelah atas tongkat, terus pandang ke hadapan.
2.Skuad - dua
Bangun dengan kekuatan tangan, bawa tongkat sampai ke kedudukan sedia,
pada masa yang sama kaki kiri ke belakang rapat pada tumit kaki kanan tanpa
hentak, anggota yang lain diam dan terus pandang ke depan.
........................................................................................................................................................
Kalih tongkat:
1. (Kalih tongkat!) - satu
Biarkan tapak tongkat di atas bumi, tangan kanan bawa tongkat ke
tengah-tengah badan, pada masa yang sama tangan kiri tangkap hujung tongkat,
jari-jari menggenggam. Tangan dan siku kiri rapat ke badan.
2.Skuad - dua
Bawa tangan kanan dengan pantas, balik ke kedudukan sedia.
........................................................................................................................................................
Hormat tongkat (hormat tongkat!):
Bawa tangan kiri ke kanan dengan membuat tanda pengakap.
Jari telangkup ke bawah dan berada di tengah-tengah tongkat.
Turun tongkat dari hormat tongkat:
Satu - Tangan kiri pegang bahagian atas tongkat
Dua - Turunkan tongkat sambil tangan kanan pegang bahagian tengah tongkat
Tiga - Potong tangan kiri terus bawa ke sisi
........................................................................................................................................................
Jinjit Tongkat
1. Bengkokkan tangan kanan sedikit untuk mengangkat tongkat dengan
tapak tongkat dijarakkan satu inci dari bumi.
Tentukan tongkat di tepi dalam keadaan tergantung.
2. Pergerakan ini dilakukan apabila bergerak pada jarak yang dekatatau dalam masa
melurus, buka dan tutup barisan apabila dikehendaki berbuat demikian.



  • Kemahiran Rusuk Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'sedia' dan tangan kanan memegang tongkat.
    • Apabila mendengar arahan 'rusuk tongkat', bengkokkan tangan kiri ke arah kanan untuk memegang tongkat tanpa mengerakkan bahagian atas lengan kiri.
    • Seterusnya angkat tongkat kira-kira 20 cm dari tanah dengan menggunakan tangan kiri.
    • Kemudian, tongkat dipegang semula dengan tangan kanan dan pastikan tangan kanan lurus.
    • Akhirnya, jatuhkan tangan kiri ke sisi badan seperti dalam keadaan sedia.
  • Kemahiran Turun Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'rusuk tongkat' dan tongkat dipegang dengan menggunakan tangan kanan.
    • Apabila mendengar 'turun tongkat', pengakap dikehendaki membengkokkan tangan kiri ke kanan untuk memegang tongkat tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
    • Seterusnya turunkan tongkat supaya rapat ke tanah.
    • Kemudian, tongkat dipegang semula dengan menggunakan tangan kanan dan pastikan tangan kanan lurus.
    • Akhir sekali, jatuhkan tangan kiri ke kiri badan seperti dalam keadaan sedia.
  • Kemahiran Jinjit Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'sedia' dan tongkat dipegang dengan menggunakan tangan kanan.
    • Apabila mendengar arahan 'jinjit tongkat', pengakap dikehendaki membengkokkan tangan kanan sedikit untuk mengangkat tongkat supaya tapak tongkat naik ke atas lebih kurang satu hingga dua inci dari bumi.
    • Arahan 'jinjit tongkat' dilaksana untuk melakukan pergerakan yang ringkas atau dalam masa ke kanan lurus, buka barisan atau tutup barisan.
  • Kemahiran Julang Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'rusuk tongkat' dengan tangan kanan memegang tongkat.
    • Apabila mendengar arahan 'julang tongkat' pengakap dikehendaki menggerakkan tangan kiri untuk memegang tongkat bersama-sama tangan kanan.
    • Seterusnya alihkan tongkat ke sebelah kiri dengan menggunakan tangan kiri sahaja supaya tongkat dalam keadaan bersilang dengan badan.
    • Gerakkan sedikit pergelangan tangan kanan semasa perpindahan tongkat.
    • Tolakkan tongkat dengan menggunakan kedua-dua belah tangan ke hadapan dan pada masa yang sama angkat kaki kiri ke hadapan.
    • Seterusnya hendak kaki kiri di sebelah kaki kanan, dan pada masa yang sama tarik tongkat ke tubuh.
  • Kemahiran Bimbit Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'rusuk tongkat dan tongkat dipegang dengan menggunakan tangan kanan
    • apabila mendengar arahan 'bimbit tongkat', gerakkan tangan kiri untuk memegang tongkat (untuk menampung tongkat semasa pergerakan dilakukan.)'
    • Seterusnya naikkan sedikit tangan kanan ke atas tongkat sehingga paras pinggang.
    • Kemudian jatuhkan tangan kiri ke posisi asal atau di sebelah kiri, dan pada masa yang sama dengan menggunakan kekuatan pergelangan tangan gerakkan tongkat supaya selari dengan tanah.