Saturday, 1 February 2014

16. Simpulan & Ikatan - LU

Simpulan dan Ikatan Lencana Usaha





1.  Simpul himpit (fisherman’s knot)
Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing, dan juga untuk menyambung dua tali yang licin.


2.  Simpul pulih (sheep shank)Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat.


3.  Simpul bunga geti (double sheet bend)Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besar dan untuk menyambung dua tali yang licin. Cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat.


4.  Lilit balak (timber hitch)Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.


5.  Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)
Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan



6.  Ikat seraya (square lashing)Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.



7.  Ikat serong (diagonal lashing)Digunakan unuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.




Format Ujian:
  • Pengakap tahu mengikatkan dan menerangkan semua simpulan dan ikatan di atas.
  • Pengakap dikehendaki merekodkan infomasi di atas dalam Buku Log Lencana Usaha

No comments:

Post a Comment