1. Kemahiran Menghidupkan Api
Cara Menghidupkan Api
Biasanya bahan-bahan yang digunakan untuk menghidupkan api terdapat disekeliling kita seperti daun-daun kering buluh ranting-ranting kayu dan batang -batang kayu yang diracik halus. Perkara ini perlu diberikan perhatian terutamanya pada musim lembab dan hujan
Keselamatan semasa pengunaan api dititikberatkan untuk mengelakan kemalangan dan kecerderaan.Lihat gambar aktiviti kami dalam www.facebook.com/ kelacamp.
2. Kemahiran Memasak Roti Lilit
Resipi Pertama - Roti lilit
Cara Membuat
- Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.
3. Kemahiran Membakar Ikan
SAMBAL IKAN BAKAR
Bahan2
1 – 2 helai daun kunyit*
3 batang serai*
2inci kunyit hidup*
2 inci halia*
3 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
RM1.00 udang kering @ geragau* (*dikisar bersama)
20 – 25 biji lada kering – dikisar berasingan
Asam Jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Caranya
Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan pula cili yang telah dikisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih, masukkan sedikit air dan tunggu sehingga masak.
Setelah masak bahagikan sambal kepada 2 bahagian.
CARA MEMBAKAR IKAN
Bahan2
Sambal ikan bakar
Daun pisang
Aluminium foil
Ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. Sediakan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu.
Sediakan aluminium foil dan daun pisang untuk membalut ikan.
Letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan sambal ikan tadi di atas ikan yang hendak dibakar dan balutkan dengan aluminium foil.
Kemudian letak di dalam kuali leper tadi.
Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
Alihkan ikan bakar tadi ke atas pinggan hidangan, kemudian tuang baki sambal tadi ke atas ikan yang telah dibakar.
Do you need Personal Loan?
ReplyDeleteBusiness Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans.
*Personal Loans.
*Business Loans.
*Investments Loans.
*Development Loans.
*Acquisition Loans .
*Construction loans.
*Business Loans And many More:
LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com
terbaik
ReplyDeleteapalah unknown itu cakap ini makanan berkhemah dia cakap tentang duit.
ReplyDelete