1. Tindih Kasih berganda
Kegunaan
- sama seperti kegunaan tindih kasih biasa
- Tindih kasih berganda lebih kukuh berbanding tindih kasih biasa
- Keadaan ini disebabkan terdapatnya dua utas tali
- Tindih kasih berganda juga digunakan semasa kerja-kerja menyelamat.
2. Belit Lucut
Kegunaan;
- untuk mengikat tali pada pokok semasa aktiviti panjat- memanjat
- turun dari pokok, turun dari bukit.
- Simpulan belit lucut dapat dibuka dengan mudah apabila selesai melaksanakan aktiviti.
3. Lilit Pasdul
Kegunaan:
- untuk membuat anak tangga
- Simpulan ini digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam di dalam tanah
4. Simpul Kerusi
Kegunaan
- dalam aktiviti menyelamat.
- Mangsa dapat diturunkan dari tempat tinggi seperti bangunan dan pokok.
- Memasukkan tajul kecil dibawah ketiak dan tajul besar di bawah lipatan lutut.
- Simpul Kerusi dapat menaikkan mangsa ke tempat tinggi
- Contohnya; menaikkan mangsa yang terjatuh ke dalam gaung.
5. Lilit Pemati Selit
Kegunaan
- Untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terburai
6. Simpul Kepala Lalat
Kegunaan:
- untuk mengelakkan hujung tali tiga strip daripada terburai.
- untuk memulakan sambatan balik.
7. Sambat Balik (Anyaman Balik )
Kegunaan
- untuk mencegah hunung tali yang besar daripada terburai.
- Sambat balik dimulakan dengan kepala lalat dan kemudian meneruskan dengan anyaman balik.
8. Ikat Silang Gunting
Kegunaan
- untuk menyambung dua batang kayu atau buluh
- dalam aktiviti membuat gajet dan pioneering
- Ikatan silang gunting dimulakan dengan diikat tali pada sebatang kayu dengan menggunakan simpulan manuk.
- Kemudian belitkan tali dengan kemas.
No comments:
Post a Comment