Balutan Anduh
Pembalut
- Terdiri daripada sejenis kain putih (lebih kurang 140cm x 90cm x 90cm)
- digunakan untuk:
a) menuap
b) menahan darah
c) menyapu bahagian cedera
d) mengangkat pesakit
e) menjauhkan benda yang patah daripada bengkak
Anduh
Digunakan untuk mengampu & merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu & leher.
Terdapat 3 jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segi tiga.
JENIS BALUTAN ANDUH
Jenis Balutan Anduh
Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.
Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan.
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
Anduh besar/ Anduh lengan
-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
CARA MEMBUAT ANDUH
Terdapat 5 jenis balutan anduh:-
Anduh lengan-Anduh kepala-Anduh lutut/siku-Anduh pergelangan tangan-Anduh tapak kaki :
Dalam kursus HSM225 kami hanya mempelajari cara membuat anduhyang berikut:
ANDUH LENGAN.
-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .-Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas.
ANDUH PERGELANGAN TANGAN
Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik danletakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. 1 .)-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yangditunjukkan di gambarajah di bawah.
-Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kakiyang mesti di balut.
tq
ReplyDelete