Saturday, 1 February 2014

24. Arah Mata Angin dan Mengenali peta topo - LU

ARAH MATA ANGIN DAN 
MENGENALI PETA TOPO



Arah
Kedudukan satu tempat atau poin boleh ditentukan dengan menggunakan arah atau bearing. Arah adalah satu cara yang subjektif, oleh itu ia kurang tepat. Bearing tepat kerana ia didapati dengan menggunakan protaktor.
           Arah menunjukkan kedudukan satu-satu poin dari arah lain dengan menggunakan nama mata angin. Jarum pada kompas magnetic digunakan untuk menunjukkan arah. Terdapat 4 arah utama, iaitu utara, timur, barat dan selatan. Keempat-empat arah ini disebut mata angin utama selain daripada empat mata angin utama, terdapat 28 mata angin yang lain.

Mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Umum digunakan dalam navigasi, kompas dan peta. Berpandukan pada pusat mata angin, maka kita akan melihat 8 arah yaitu dengan urutan sebagai berikut (mengikuti arah jarum jam): 
Utara (0°) 
Timur laut (45°): Terletak di antara utara dan timur 
Timur (90°) 
Tenggara (135°): Terletak di antara timur dan selatan 
Selatan (180°) 
Barat daya (225°): Terletak di antara selatan dan barat 
Barat (270°) 
Barat laut (315°): Terletak di antara barat dan utara 

Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama. 
Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat menentukan arah putaran Bumi. 






Peta topo
1.       peta topo (peta rupa bumi) yang dikeluarkan oleh Jabatan UkurMalaysia mempunyai berbagai-bagai maklumat.
2.       peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan mempunyai garis-garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam petunjuk peta tersebut.
3.       maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:
  (a) rupa bumi dari garis kontur
  (b) bentuk saliran
  (c) tumbuhan semulajadi
  (d) jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
  (e) bentuk petempatan
  (f) bentuk perhubungan
         4.    pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta amat perlu          
             untuk membolehkan maklumat-maklumat dalam peta tersebut dapat dibaca dan ditafsir.   

1 comment: