Sunday, 2 February 2014

Maklumat Lencana Kepandaian

1.       KOLEKSI HOBI
1. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik suatu jenis barang dalam tempoh tidak kurang daripada 6 bulan; seperti setem, kotak mancis, duit siling, siput, pembalut tin, dll.
2. Mengetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan Penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul.
3. Mengumpul / menyimpan EMPAT perkara berikut:-
a) Sekaf Pengakap
b) Lencana Pengakap
c) Wogel
d) Topi
e) Tali pinggang
f) Kemeja-T
g) Sampul Surat Hari Pertama Jambori
h) Majalah Pengakap

2.       AHLI PERTAHANAN DIRI
1. Menjadi ahli sekurang-kurangnya 6 bulan dalam persatuan seni mempertahankan diri yang berikut: Seni Silat, Kung Fu, Karate, Tae Kwon Do, Judo, Akido, Silambam dan sebagainya.
2. Mengerahuti sejarah seni mempertahankan diri yang berkenaan.
3. Mengetahui prinsip yang terkandung dalam mempertahankan diri yang berkenaan.
4. Mengetahui jenis kekuda, pergerakan asas, jenis tangkisan serta jenis serangan tangan dan kaki.
5. Menunjukkan cara membuat penyerangan serta menangkis serangan dengan menggunakan kemahiran yang dipelajarinya. (One-Step Sparring dan Free-Sparring)

3.       AHLI MUZIK
Untuk mendapatkan lencana ini. Pengakap mesti lulus semua ujian dalam  mana-mana satu bahagian A, B, C, D atau E.

BAHAGIAN A
1. Menyanyi sebuah lagi yang ada korus.
2. Membaca sendiri titik nada muzik sekurang-kurangnya untuk 3 buah lagu (melodi).
3. Mengetahui erti tanda tempo dan tanda muzik yang menunjukkan tinggi rendah, panjang pendek suara dalam titiknada ‘Sonata’, ‘Concerto’ dan ‘Oratorio’ serta memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu.
4. Membincangkan dengan Penilai sekurang-kurangnya dua pertunjukan hiburan terbaru yang dilihat atau didengari melalui siaran televisyen atau radio.

BAHAGIAN B
1. Menyanyi 2 buah lagu yang dipilih sendiri dan sebuah lagu lagi yang sesuai untuk dinyanyikan dengan iringan muzik atau memainkannya dengan alat muzik.
2. Menyanyi 2 buah lagu pilihan sendiri, satu yang bertempo cepat dan satu bertempo lambat dengan memainkan alat muziknya sendiri atau dengan iringan muzik latar.
Ingatan : Titiknada (nota muzik) boleh digunakan.
3. Mengetahui erti tanda tempo ‘Sonata’ , ‘Concerto’ dan ‘Oratorio’ serta memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu.

BAHAGIAN C
1. Menyanyi tanpa iringan alat muzik, dua jenis lagu rakyat yang berlainan jenisnya seperti lagu dan nyanyian bersemangat keperwiraan, keindahan kampong nelayan di tepi pantai, keindahan gunung-ganang, lagu dondang saying dan dikir barat.
Ingatan:  Sebagai tambahan, tepuk-tepukan tangan dan paluan-paluan tambur boleh disertakan.

ATAU
2.       Menyanyi sebuah lagu pilihan sendiri dengan memainkan alat muzik seperti gambus, banjo, gitar, mandolin, harmonica dan sebagainya.
3.       Mengetahui sedikit sebanyak prinsip asasi muzik seperti menala alat-alat muzik, titik nada, tali dan nada suara (bass)
Ingatan: Oleh kerana muzik lagu rakyat terlalu tinggi nilainya, tidaklah boleh dipermudahkan atau dicampur-adukkan dengan seni kebudayaan asing. Pengakap seharusnya mengisi mendapatkan pengetahuan ini dengan cara tersendiri mengikut pengalaman masing-masing.

BAHAGIAN D
1. Tunjukkan kebolehan memain dan membunyikan alat muzik ‘bagpipe’ dengan memuaskan.
2. Memainkan 2 lagu dengan ‘bagpipe’ irama ‘march’ dalam tempo 2/4.
3. Memainkan 2 lagu dengan ‘bagpipe’ irama ‘march’ dalam tempo 6/8.
4. Memainkan 2 lagu dengan ‘bagpipe’ irama ‘slow march’ atau tiupan perlahan.
5. Memainkan satu lagu dengan ‘bagpipe’ irama ‘march’, ‘stathpey’ dan ‘reel’.
6. Membincangkan dengan Penilai jenis muzik bercorak kebudayaan, artis biduan dan biduanita yang diminati serta memberi sebab pemilihan itu.

BAHAGIAN E
1. Menjadi salah seorang ahli Pancaragam, sama ada di sekolah, dalam kumpulan Pengakap atau dalam lain-lain pertubuhan.
2. Menunjukkan kebolehan memainkan dan menjaga satu alat muzik berikut:-

a. Gendang Iringan (Side Drum)
1. Menjaga alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa.
2. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya sewajarnya.
3. Memalu gendang dengan paluan tempo 2/4, 6/8 dan ¾
4. Memalu gendang berhenti-henti (play off) dengan paluan tempo 2/4, 6/8 dan ¾.
5. Memalu gendang dengan paluan bergulung-gulung (roll) seperti berikut:-
a) 3 langkah bergulung (roll)
b) 5 langkah bergulung (roll)
c) 7 langkah bergulung (roll)
6. Mengambil bahagian dengan memuaskan dalam 6 perbarisan ‘march’ yang berlainan.

b)      Gendang Suara Langsing (Tenor Drum)
1. Menjaga alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa.
2.      Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya sewajarnya.
3.      Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau berjalan.
4.      Berjalan ‘march’ sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu gendang perlahan-lahan (slow time) 116 langkah pada satu minit.

c) Gendang Suara Rendah (Bass Drum)
1. Menjaga alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa.
2. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya sewajarnya.
3. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau berjalan.
4. Berjalan ‘march’ sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu gendang 116 langkah pada satu minit.
5. Berjalan ‘march’ sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu gendang perlahan-lahan (slow time) 65 langkah pada satu minit.

d) “Bugle” atau Trompet
1. Menjaga alat muzik ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa.
2. Berjalan dengan segak membawa “Bugle” atau Trompet di tangan kanan diapit dihadapan pinggang dengan mengayunkan tangan kiri..
3. Memainkan lagu Berkumpul (Fall In), Memasak (Cook house), Padam Lampu (Lights Out), Bangun Pagi (Reveille), Hormat (General Salute) dan Matahari Turun atau Undur (Sunset or Retreat).

4.       AHLI RENANG
1. Berenang sejauh 100 meter dengan sebarang cara atau gaya.

2. Berenang dengan 2 cara yang dipilih dari senarai berikut:-
a) Berenang menyelinap ke hadapan sejauh 50 meter. (front crawl)
b) Berenang menyelinap ke belakang sejauh 50 meter. (back crawl)
c) Berenang katak sejauh 50 meter. (breast crawl)
d) Berenang kupu-kupu sejauh 50 meter. (butterfly stroke)

3. Terjun ke permukaan air dari arah sebelah kolam renang atau tempat berenang.

4. Berenang di ari cetek sejauh 25 meter dengan memakai pakaian ringan, berjalan di air selama 1 minit dan menanggalkan pakaian dalam air.

5. Berenang sejauh 25 meter menuju kea rah orang yang ‘lemas’, pusingkan badannya dan membawanya ke tepi dengan menggunakan cara menyelamat yang diakui; Menunjukkan cara menyelamat nyawa dengan pemulihan pernafasan yang diketahui.

6. Menyelam ke dalam air sedalam 2 meter dan mengambil satu benda dari bawah dengan menggunakan kedua belah tangan.

5.       AHLI SUKAN
Memilih LIMA acara daripada bahagian ini, sekurang-kurangnya SATU daripada tiap kumpulan dengan mendapat darjah yang minima:

KUMPULAN A : BERLARI

                                                            Darjah Minima                        Darjah Minima
bawah 14 tahun bawah 15 tahun
          100 meter                                   15 saat                                     14 saat
          200 meter                                   34 saat                                     30 saat
          400 meter                                   80 saat                                     70 saat
          800 meter                                   3 minit 10 saat                         2 minit 45 saat
          1500 meter                                 6 minit 10 saat                         5 minit 50 saat

KUMPULAN B : MELOMPAT

                                                            Darjah Minima                        Darjah Minima
bawah 14 tahun bawah 15 tahun
          Lompat Tinggi                           1.10 meter (3’ 7 ½”)                1.23 meter (4’ 0”)
          Lompat Jauh                              3.65 meter (12’ 0”)                  4.26 meter (14’ 0”)

KUMPULAN C : MELONTAR

                                                            Darjah Minima                        Darjah Minima
bawah 14 tahun bawah 15 tahun
          Cakera (1 kg)                             16.50 meter (54’ 2”)                22.00 meter (72’ 2”)
          Peluru (4 kg)                              7.30 meter (23’ 11”)                8.85 meter (29’ 0”)
          Bola Kriket (135 gm)                41.20 meter (135’ 2”)              46.60 meter (149’ 7”)


6.       JURUMASAK DI KHEMAH
1. Memasak DUA jenis makanan dengan tidak menggunakan perkakas dapur untuk diri sendiri dan seorang lagi.
2. memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut:
a)      Ikan panggang
b)      Roti berlauk
c)      Bubur
3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut:
a)      Mee rebus/goreng
b)      Ayam/daging masak panggang atau salai
c)      Masakan biasa
4. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna satu daripada yang berikut:
a)      Sejenis makanan manis
b)      Halua buah-buahan
c)      Gula-gula manisan
d)      Lengkong
e)      Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri
5. Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang ahli; tidak semuanya makanan itu perlu dimasak.

Ingatan : Semua hidangan hendaklah dimasak dalam keadaan berkhemah

7.       JURU PERPUSTAKAAN
1. Berikan kepada penilai satu senarai yangmengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Terangkan sebab buku-buku itu dibaca, apa pendapatnya mengenai buku-buku itu dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.

Ingatan: Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.

ATAU

2. (a)     Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya. Terangkan sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.
    (b)     Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat boleh diperolehi daripada buku itu.
    (c)    Terangkan dengan ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari.

8.       PELADANG MUDA
Pengakap Muda mesti lulus semua ujian dalam satu Kumpulan A, B, C atau D berikut:-

KUMPULAN A
1. Mengetahui cara pengurusan suatu pusat ternakan di kawasan luar bandar atau desa.
2. Menunjuk cara pengelolaan harian bagi sesuatu pusat ternakan dengan memberi penerangan berkenaan dengan jenis ternakan, tanaman dan hasilnya, jentera yang digunakan dan tenaga pekerja di pusat yang tersebut.
3. a)      Menghuraikan kepada Penilai perubahan pengelolaan yang berlaku di pusat ternakan di kawasannya serta beri sebab perubahan itu dibuat. Membuat latihan praktik di suatu pusat ternakan yang baru ditubuhkan.
     b)      Mengadakan 12 keping gambar yang diambil sendiri di pusat ternakan pilihannya dengan menunjukkan sekurang-kurangnya 8 jenis kerja musim dalam setahun serta memberi keterangan ringkas mengenai gambar-gambar itu.

KUMPULAN B
1. Menanam dengan jayanya di suatu kawasan seluas sekurang-kurangnya 11 meter persegi, selama setahun, 3 jenis pokok bunga tahan lama, 3 jenis sayuran, 3 jenis pokok bebawang, rumput-rampai atau pokok ros (sebagai pilihan 8 jenis sayuran boleh ditanam).
2. Menerangkan kepada Penilai, berbagai kerja yang telah dijalankan dalam kebun itu dan hasil yang telah diperolehi.

Ingatan : Penilai hendaklah melawat kebun itu sekurang-kurangnya 4 kali dalam tempoh setahun.

KUMPULAN C
Memelihara ternakan dalam tempoh setahun seperti berikut:-
1. Bagi binatang kecil seperti anjing, kucing, arnab, kura-kura dan seumpamanya, Pengakap perlu mengerti tentang tabiat, kelakuan binatang itu dan cara memberi makan dan menyediakan kandang/sangkarnya.
2. Bagi binatang ternakan seperti kuda, lembu, kambing atau kambing biri-biri dan seumpamanya, Pengakap perlu mengerti tentang memberi makan, menyediakan kandang, tabiat dan kelakuannya serta  mengetahui kegunaan binatang itu dari segi ekonomi (seperti menjual susu) dan pengangkutan.
3. Jika binatang itu unggas:
          a)      Burung belaan bersangkar ; mengetahui menjaganya.
          b)      Burung yang boleh dimakan seperti ayam, punai atau merpati ; mengetahui menjaganya..

KUMPULAN D
1. Mengadakan dan menjaga sebuah akuarium ikan air tawar, lengkap dengan rumput-rampainya, yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 jenis ikan. Menerangkan kepada Penilai, cara menjaga akuarium itu sepanjang tahun khasnya tentang masalah yang timbul.

9.       PELUKIS
1. Melukis satu permandangan dari sebuah cerita yang dipilih oleh Penilai.
2. Melukis rupa seorang manusia yang wajahnya bengis, atau tersenyum atau sedih.
3. Melukis satu permandangan keindahan alam semulajadi yang ditentukan oleh Penilai.
4. Melukis poster gambar simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya.
5. Melukis gambar perkhemahan (layout) yang ideal.
6. Melukis sekurang-kurangnya tiga gejet yang penting dalam perkhemahan.
7. Melukis lambing Pengakap pada apa jua bahan seperti kadbod, papanlapis, ‘polystrene’ dan sebagainya.
8. Mengumpul berbagai lukisan dari keratin akhbar dan majalah untuk dijadikan rujukan dan panduan.

10.     PENGAIL
1. Mengetahui peraturan keselamatan dalam air, memahami bahaya air dan mengetahui tindakan yang perlu diambil sebelum mengharunginya.
2. Mengail di air tawar atau masin sekurang-kurangnya enam kali dalam tempoh tiga bulan dengan menyimpan buku rekod menunjukkan banyak ikan yang ditangkap, jenisnya, ukuran dan beratnya bagi tiap-tiap kali pergi. Rekod itu juga hendaklah menyatakan cara penangkapan dibuat, jenis umpan yang digunakan dan keadaan cuaca dan air.
3. a)   Mengenali 12 jenis ikan tempatan yang direkodkan di dalam buku log.
   b)  Mempunyai pengetahuan tentang arah lubuk ikan, umpan yang disukai oleh tiap jenis ikan itu serta ukuran matakail dan batu ladung yang sesuai.
4. a)  Menunjukkan cara melempar, membaling dan melabuhkan mata kail di air 6 kali berturut-turut sejauh tidak kurang dari lima meter.

ATAU

      b)  Melabuhkan mata kail dengan batu ladungnya yang ringan ke dalam air sedalam lebih kurang 1 meter.

5.    Mengenali sekurang-kurangnya 6 jenis alat mengail seperti jorang, batu ladung, takal, tali kail, mata kail dan lain-lain.

11.     PENUNGGANG BASIKAL
1. Mempunyai dan menggunakan dengan jayanya selama sekurang-kurang 6 bulan sebuah basikal yang cukup lengkap.
2. Memperbaiki kerosakan seperti menukar tayar dan tiub, menampal tiub bocor, mengganti alat berek atau bahagian yang lain pada basikal itu mengikut arahan Penilai.
3. Mengetahui peraturan lalulintas dan keselamatan jalanraya serta boleh membaca peta jalanyraya.
4. Mengambil bahagian dalam kegiatan Pengakap yang menggunakan basikal sekurang-kurangnya sejauh 10 kilometer.
5.  Mengulangi kata-kata satu berita yang diberi dengan secara lisan yang mesti disampaikan kepada pihak tertentu setelah menun ggang basikal selama satu jam..

No comments:

Post a Comment