Saturday 22 February 2014

8. Kawat Tongkat - LM



KAWAD TONGKAT




Pengenalan
  • Latihan Kawad Tongkat merupakan lanjutan daripada latihan Kawad Kaki.
  • Latihan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat menggunakan bahasa hukuman serta pergerakan tentera.
  • Pergerakan Kawad Tongkat berasaskan kepada pergerakan Kawad Kaki dengan penambahan beberapa pergerakan menggunakan tongkat.
Spesifikasi Tongkat Pengakap
  • Panjang tongkat Pengakap ialah 360 sentimeter.
  • Diameter tongkat Pengakap ialah 3 sentimeter.
  • Lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
  • Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.
Pelaksanaan Koman
Sedia (sedia!)
Kedudukan sedia yang biasa dikekalkan kecuali tangan kanan memegang tongkat di sebelah supaya tegak ibu jari mencengkam tongkat. Tapak tongkat di atas bumi.
........................................................................................................................................................
Senang diri (senangkan diri!):

Angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut pada paras dan hentakkan keluar sejauh 12 inci dari kanan. Pada masa yang sama, dengan kekuatan tangan kanan, tolak tongkat ke hadapan bersetentangan dengan bahu kanan. Tangan kanan lurus dan tongkat dicondongkan hujung tapak tongkat.

Sedia dari senang diri (skuad...sedia!):

Tarik tongkat ke sebelah tetapi tentukan tapak tongkat rata di atas bumi, dan pada masa yang sama angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut pada paras dan hentakkan di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia.
........................................................................................................................................................
Rehatkan diri (rehatkan diri!):

Kendurkan anggota badan dari paras pinggang ke atas, dan jari-jari kanan menggenggam keliling tongkat. Mata masih terus memandang ke hadapan.
........................................................................................................................................................
Baring tongkat:

1.(Baring tongkat!) - satu

Dengan pantas langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci tanpa hentak, tapak kaki kiri rata di atas bumi dengan masa yang sama bengkokkan kedua-dua lutut ke hadapan, tentukan lutut kaki kanan terletak di atas bumi dan duduk di atas tumit kaki kanan. Pada masa yang sama, dengan kekuatan tangan kanan bawa tongkat dalam kedudukan baring di atas bumi di sebelah kaki kanan. Tangan kiri di rusuk kiri lurus ke bawah, tangan kanan lurus, hujung jari masih lagi memegang tongkat pada anggota yang lain dan terus memandang ke hadapan.

2.Skuad - dua

Lepaskan pegangan tangan kanan dari tongkat dan terus bangun, pada masa yang sama bawa kaki kiri ke belakang sampai dalam kedudukan sedia yang betul tanpa hentak.
Angkat tongkat dari baring tongkat:
1. (Angkat tongkat!) - satu
Denganpantas langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci tanpa hentak,
tapak kaki kiri rata di atas bumi pada masa yang sama bengkokkan kedua-dua
lutut, lutut kanan kena bumi dan duduk diatas tumit kaki kanan.
Tangan kanan terus memegang sebelah atas tongkat, terus pandang ke hadapan.
2.Skuad - dua
Bangun dengan kekuatan tangan, bawa tongkat sampai ke kedudukan sedia,
pada masa yang sama kaki kiri ke belakang rapat pada tumit kaki kanan tanpa
hentak, anggota yang lain diam dan terus pandang ke depan.
........................................................................................................................................................
Kalih tongkat:
1. (Kalih tongkat!) - satu
Biarkan tapak tongkat di atas bumi, tangan kanan bawa tongkat ke
tengah-tengah badan, pada masa yang sama tangan kiri tangkap hujung tongkat,
jari-jari menggenggam. Tangan dan siku kiri rapat ke badan.
2.Skuad - dua
Bawa tangan kanan dengan pantas, balik ke kedudukan sedia.
........................................................................................................................................................
Hormat tongkat (hormat tongkat!):
Bawa tangan kiri ke kanan dengan membuat tanda pengakap.
Jari telangkup ke bawah dan berada di tengah-tengah tongkat.
Turun tongkat dari hormat tongkat:
Satu - Tangan kiri pegang bahagian atas tongkat
Dua - Turunkan tongkat sambil tangan kanan pegang bahagian tengah tongkat
Tiga - Potong tangan kiri terus bawa ke sisi
........................................................................................................................................................
Jinjit Tongkat
1. Bengkokkan tangan kanan sedikit untuk mengangkat tongkat dengan
tapak tongkat dijarakkan satu inci dari bumi.
Tentukan tongkat di tepi dalam keadaan tergantung.
2. Pergerakan ini dilakukan apabila bergerak pada jarak yang dekatatau dalam masa
melurus, buka dan tutup barisan apabila dikehendaki berbuat demikian.



  • Kemahiran Rusuk Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'sedia' dan tangan kanan memegang tongkat.
    • Apabila mendengar arahan 'rusuk tongkat', bengkokkan tangan kiri ke arah kanan untuk memegang tongkat tanpa mengerakkan bahagian atas lengan kiri.
    • Seterusnya angkat tongkat kira-kira 20 cm dari tanah dengan menggunakan tangan kiri.
    • Kemudian, tongkat dipegang semula dengan tangan kanan dan pastikan tangan kanan lurus.
    • Akhirnya, jatuhkan tangan kiri ke sisi badan seperti dalam keadaan sedia.
  • Kemahiran Turun Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'rusuk tongkat' dan tongkat dipegang dengan menggunakan tangan kanan.
    • Apabila mendengar 'turun tongkat', pengakap dikehendaki membengkokkan tangan kiri ke kanan untuk memegang tongkat tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
    • Seterusnya turunkan tongkat supaya rapat ke tanah.
    • Kemudian, tongkat dipegang semula dengan menggunakan tangan kanan dan pastikan tangan kanan lurus.
    • Akhir sekali, jatuhkan tangan kiri ke kiri badan seperti dalam keadaan sedia.
  • Kemahiran Jinjit Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'sedia' dan tongkat dipegang dengan menggunakan tangan kanan.
    • Apabila mendengar arahan 'jinjit tongkat', pengakap dikehendaki membengkokkan tangan kanan sedikit untuk mengangkat tongkat supaya tapak tongkat naik ke atas lebih kurang satu hingga dua inci dari bumi.
    • Arahan 'jinjit tongkat' dilaksana untuk melakukan pergerakan yang ringkas atau dalam masa ke kanan lurus, buka barisan atau tutup barisan.
  • Kemahiran Julang Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'rusuk tongkat' dengan tangan kanan memegang tongkat.
    • Apabila mendengar arahan 'julang tongkat' pengakap dikehendaki menggerakkan tangan kiri untuk memegang tongkat bersama-sama tangan kanan.
    • Seterusnya alihkan tongkat ke sebelah kiri dengan menggunakan tangan kiri sahaja supaya tongkat dalam keadaan bersilang dengan badan.
    • Gerakkan sedikit pergelangan tangan kanan semasa perpindahan tongkat.
    • Tolakkan tongkat dengan menggunakan kedua-dua belah tangan ke hadapan dan pada masa yang sama angkat kaki kiri ke hadapan.
    • Seterusnya hendak kaki kiri di sebelah kaki kanan, dan pada masa yang sama tarik tongkat ke tubuh.
  • Kemahiran Bimbit Tongkat
    • Pengakap berdiri dalam keadaan 'rusuk tongkat dan tongkat dipegang dengan menggunakan tangan kanan
    • apabila mendengar arahan 'bimbit tongkat', gerakkan tangan kiri untuk memegang tongkat (untuk menampung tongkat semasa pergerakan dilakukan.)'
    • Seterusnya naikkan sedikit tangan kanan ke atas tongkat sehingga paras pinggang.
    • Kemudian jatuhkan tangan kiri ke posisi asal atau di sebelah kiri, dan pada masa yang sama dengan menggunakan kekuatan pergelangan tangan gerakkan tongkat supaya selari dengan tanah.

No comments:

Post a Comment